Showing posts with label Peminat Joran je... Show all posts
Showing posts with label Peminat Joran je... Show all posts

Sunday, March 29, 2009

Best Joran



J
enahak Pintu Gedung pilih kurita
Berita Harian

ZAILY bersama jenahak seberat tujuh kilogram yang dipancingnya di Pintu Gedung, Selat Klang.
ZAILY bersama jenahak seberhttp://www.blogger.com/img/blank.gifat tujuh kilogram yang dipancingnya di Pintu Gedung, Selat Klang.

KLANG: Ketika perairan Selat Klang mengalami pasang besar baru-baru ini, ramai yang tinggal berhampiran pantai mengeluh kerana rumah mereka digenangi air laut dan tidak kurang ada kaki pancing berlumba-lumba turun ke laut untuk menduga nasib.

Bak kata pepatah, ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’. Bagi dua pemancing tegar ini, Mohd Zaily Ros dan Abang Ali kehadiran di perairan Pintu Gedung dekat Pelabuhan Klang nyata memberi hasil lumayan apabila tiga jenahak seberat 7 kilogram (kg), 5.5 kg dan 1.5 kg tewas di tangan mereka.

Zaily berkata, ketiga-tiga jenahak itu tumpas ketika mereka memancing dasar dengan sampan gentian kaca dibiarkan hanyut di laluan kapal.

“Kadang kala ada bahayanya cara begini kerana arus kipas kapal boleh menarik sampan ke arahnya. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dan segera meninggalkan kawasan memancing apabila menyedari ada kapal lalu. Jangan sesekali keras kepala dan tidak mahu beredar kerana ia boleh mendatangkan masalah,” katanya.

Beliau menggunakan seekor sotong kurita hidup kerana ia amat efektif memandang sebelum ini beberapa jenahak bersaiz sederhana didaratkan menggunakan umpan sama.

“Memancing di laluan kapal ini, kita mesti tahu cara, masa dan waktu paling sesuai. Jika tidak akan pulang dengan tangan kosong. Pemilihan mata kail juga perlu kerana ikan di sini licik dan enggan menjamah jika kita silap memasang umpan.

“Jenahak pertama seberat 5.5 kilogram ditewaskan kira-kira jam 11.45 pagi ketika air sedikit berarus. Boleh tahan juga tarikannya tetapi berbaloi. Selepas bertarung hampir tujuh minit ikan itu akhirnya keletihan,” katanya.

Beliau berkata, ikan kedua seberat 7 kilogram dipancing sejam kemudian di lubuk kedua yang jaraknya hanya 100 meter dari lubuk pertama.

“Umpan yang sama saya gunakan dengan membiarkan sesungut sotong bermain-main di dalam air. Mungkin jenahak marah dengan sesungut sotong yang melambai-lambai, lalu ia menyambarnya. Untuk jenahak ini, saya melayannya hampir 12 minit dan saya tersandar keletihan selepas ia berjaya dinaikkan ke dalam bot.

“Walaupun penat, namun saya berpuas hati kerana tangkapan kali ini berbaloi berbanding kunjungan sebelumnya. Ikan seberat 1.5 kilogram didaratkan Abang Ali di lubuk kedua selepas beliau berpesta gelama hampir dua jam,” katanya.

Katanya, selepas memancing hampir empat jam dan beralih tiga lubuk di sekitar perairan Pintu Gedung, mereka berdua pulang ke jeti Sungai Pinang.

Baca lagi ..

Petua Pancing

B
agaimana untuk membeli / memilih Kekili dan Joran yang baik?
Posted by cikgunot on 2009/29/3 19:41:48.

Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidamatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya pancingan anda samada untuk kegunaan ke laut,sungai atau muara, tasik atau sebagainya.

Material - samada gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya termasuk dalam gaya pancingan anda. Jika kita memegang dalam waktu yang lama atau melakukan 'casting', perlulah anda memilih joran aksi ringan supaya tidak cepat lenguh tangan. Sesungguhnya joran jenis karbon dan grafit lebih ringan dan lebih mahal dari gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran hendaklah diperiksa cincin dengan teliti, walaupun baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak yang boleh merosakkan tali. Bentuk cincin yang berkaki tiga (2 dibelakang, 1 depan), berkaki empat dan berkaki tunggal. Cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, ia akan dapat mengikut joran melentur tetapi cincin berkaki empat tidak dapat berbuat demikian. Jenis pemegang joran yang popular ialah jenis gabus dan span. Pemegang gabus sedap dipandang dan sudah tentu harganya mahal sedikit. Sekiranya anda memilih joran 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan. Seperti joran, penghasilan kekili juga semakin hebat dan menarik, alas bebola (ball bearing) ditambah sehingga mencapai 11 biji. Sebenarnya penggunaan alas bebola ialah untuk melancarkan pergerakkan gelendung. Sebenarnya alas bebola tidak begitu penting tetapi ia dapat memberi kelancaran apabila digunakan. Kekili juga mempunyai peraturannya sendiri seperti jika ia hanya mampu menampung kekuatan 6 kg dengan tali sebesar 20 paun tapi anda menggunakan kekuatan 30 - 40 paun kesannya akan ditinggalkan pada gigi gear dan shaf utama. Adakalanya gigi gear tertanggal dan shaf bengkok, seterusnya ia akan mula mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Kedua-dua bahan ini amat perlu dijaga untuk penggunaan jangka panjang. Pastikan pemilihan joran, kekili serta tali bersesuaian barulah peralatan anda dapat bertahan lama.

Baca lagi ..