Monday, April 13, 2009

Hidup Sihat, Jantung Sihat

Berhenti Merokok

Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Harungi Hidup Dengan Tenang

Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan. Untuk membantu anda membina pandangan baru, sila lawat blog saya di http://www.wanibrahim.com/blog.

Jantung Sihat Sepanjang Hayat

Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.

Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.

Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.

Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?

Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.

Maklumat tambahan (Sumber: Familydoctor.org):

Para penyelidik menemui bahawa paras homosistin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan arteri rosak dan darah lebih mudah menjadi beku. Bekalan nutrien yang cukup amat penting dalam pengawalan paras homosistin tersebut.

Mencari maklumat lain? Cari apa-apa saja di sini:
Google

Lain-lain Berita / Info Kesihatan

Keperluan komponen pembekuan darah
BAGI kebanyakan daripada kita yang sihat tubuh badan, perkara kecil seperti pembekuan darah mungkin dilihat sebagai sesuatu yang remeh dan diambil mudah.

Amalan pemurah menderma darah
SECARA umumnya, masyarakat majmuk Malaysia dikenali dunia sebagai antara yang paling pemurah dalam berkongsi atau menderma untuk mereka yang memerlukan.

Bertahan 20 tahun kerana dialisis
PADA usia 80 tahun, Datuk Dr. Balasegaram masih berkemampuan berucap di hadapan audiens tanpa menunjukkan sebarang tanda kepenatan.

Keutamaan untuk kesihatan oral
BETAPA penting tahap kesihatan oral di kalangan warga Malaysia? Dalam satu tinjauan awam baru-baru ini, sebilangan warga Malaysia daripada pelbagai julat usia dan latar belakang disoal mengenai perkara yang teratas dalam senarai keutamaan mereka.

Potong kaki untuk selamat
AMPUTASI ialah suatu keadaan di mana sebahagian atau keseluruhan anggota unjuran (limb) seperti kaki atau tangan hilang sama ada akibat masalah kongenital, trauma atau pembedahan. Manakala istilah amputi ialah seseorang yang telah melalui proses amputasi (pemotongan).

Silibin membantu kesihatan hati
S AYA seorang perokok sejak lebih daripada 20 tahun yang lalu. Selain itu, berat badan saya juga dalam kategori obesiti dan didiagnosis mempunyai kolesterol yang tinggi dan kini mengambil ubat anti kolesterol sejak bertahun lamanya. Mungkin keadaan ini membuat saya sering kelesuan. Adakah produk yang sesuai untuk mengurangkan kelesuan saya?

Pemakanan sihat bantu kecerdasan
ANAK perempuan saya yang berusia 15 tahun sering kelihatan kelesuan dan mungkin juga stres akibat aktiviti luar selain mengikuti jadual persekolahan harian.

Sedih, marah punca sakit jantung
UMUM mengetahui, emosi terbentuk di dalam otak manakala perasaan terbit dari dalam hati, atau sebenarnya organ dalaman iaitu jantung.

Pentingnya serat di dalam tubuh
MASYARAKAT Malaysia memang suka makan. Mereka makan apa sahaja tanpa mengira masa. Bermula dari celik mata, sudah memikirkan tentang sarapan hinggalah lewat malam. Cuma apa yang merisaukan, adakah makanan yang dinikmati itu berkhasiat?

Pilihan penentu masa depan
BUAT kali ke-59 tahun ini, dunia akan menyambut Hari Kesihatan Sedunia dengan tema 'Menyelamatkan nyawa. Menjadikan hospital selamat ketika kecemasan'. Ini bagi menekankan kesediaan merawat dan juga mencegah penyakit dan kecederaan ketika waktu kecemasan.

RSS feeds
Increased Web Site Traffic









© Hakcipta Terpelihara 2007 - Kesihatan.Biz | Penafian Tanggungjawab







No comments:

Post a Comment