Sunday, March 29, 2009
Best Joran
J
enahak Pintu Gedung pilih kurita
Berita Harian
ZAILY bersama jenahak seberat tujuh kilogram yang dipancingnya di Pintu Gedung, Selat Klang.
ZAILY bersama jenahak seberhttp://www.blogger.com/img/blank.gifat tujuh kilogram yang dipancingnya di Pintu Gedung, Selat Klang.
KLANG: Ketika perairan Selat Klang mengalami pasang besar baru-baru ini, ramai yang tinggal berhampiran pantai mengeluh kerana rumah mereka digenangi air laut dan tidak kurang ada kaki pancing berlumba-lumba turun ke laut untuk menduga nasib.
Bak kata pepatah, ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’. Bagi dua pemancing tegar ini, Mohd Zaily Ros dan Abang Ali kehadiran di perairan Pintu Gedung dekat Pelabuhan Klang nyata memberi hasil lumayan apabila tiga jenahak seberat 7 kilogram (kg), 5.5 kg dan 1.5 kg tewas di tangan mereka.
Zaily berkata, ketiga-tiga jenahak itu tumpas ketika mereka memancing dasar dengan sampan gentian kaca dibiarkan hanyut di laluan kapal.
“Kadang kala ada bahayanya cara begini kerana arus kipas kapal boleh menarik sampan ke arahnya. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dan segera meninggalkan kawasan memancing apabila menyedari ada kapal lalu. Jangan sesekali keras kepala dan tidak mahu beredar kerana ia boleh mendatangkan masalah,” katanya.
Beliau menggunakan seekor sotong kurita hidup kerana ia amat efektif memandang sebelum ini beberapa jenahak bersaiz sederhana didaratkan menggunakan umpan sama.
“Memancing di laluan kapal ini, kita mesti tahu cara, masa dan waktu paling sesuai. Jika tidak akan pulang dengan tangan kosong. Pemilihan mata kail juga perlu kerana ikan di sini licik dan enggan menjamah jika kita silap memasang umpan.
“Jenahak pertama seberat 5.5 kilogram ditewaskan kira-kira jam 11.45 pagi ketika air sedikit berarus. Boleh tahan juga tarikannya tetapi berbaloi. Selepas bertarung hampir tujuh minit ikan itu akhirnya keletihan,” katanya.
Beliau berkata, ikan kedua seberat 7 kilogram dipancing sejam kemudian di lubuk kedua yang jaraknya hanya 100 meter dari lubuk pertama.
“Umpan yang sama saya gunakan dengan membiarkan sesungut sotong bermain-main di dalam air. Mungkin jenahak marah dengan sesungut sotong yang melambai-lambai, lalu ia menyambarnya. Untuk jenahak ini, saya melayannya hampir 12 minit dan saya tersandar keletihan selepas ia berjaya dinaikkan ke dalam bot.
“Walaupun penat, namun saya berpuas hati kerana tangkapan kali ini berbaloi berbanding kunjungan sebelumnya. Ikan seberat 1.5 kilogram didaratkan Abang Ali di lubuk kedua selepas beliau berpesta gelama hampir dua jam,” katanya.
Katanya, selepas memancing hampir empat jam dan beralih tiga lubuk di sekitar perairan Pintu Gedung, mereka berdua pulang ke jeti Sungai Pinang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment