Tuesday, March 31, 2009

pErIhAl rEnAnG

TEKNIK RENANG Tubuh manusia terdiri sebahagian besarnya daripada air dan oleh itu, ia mempunyai ketumpatan yang amat serupa dengan air. Lebih kurang 70% daripada tubuh manusia ialah air. Ketika paru-paru diisi dengan udara, ketumpatan tubuh manusia adalah sedikit kurang daripada ketumpatan air di sekelilingnya. Air akan mengenakan daya keapungan pada tubuh manusia dan oleh itu, mengekalkan keapungan hanya memerlukan sedikit dorongan ke bawah, dengan pergerakan melintang hanya memerlukan sedikit dorongan ke arah yang bertentangan dengan pergerakan yang dikehendaki.
Pendorongan ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan dan lengan sebagai dayung, dan dengan menendang kaki untuk menolak air dari tubuh (walaupun tendangan hanya menghasilkan agak sedikit pergerakan pada keseluruhannya). Oleh sebab air masin (misalnya, air lautan) adalah lebih tumpat berbanding dengan air tawar (misalnya, kebanyakan kolam renang), tidak banyak usaha diperlukan untuk mengapung di dalam air masin, berbanding dengan air tawar.

Sebilangan gaya renang telah diperkembangkan, berdasarkan pelaksanaan sesetengah atau kesemua prinsip yang berikut:

Torso dan kaki harus dikekalkan dalam kedudukan yang selari dengan permukaan air. Kaki yang jatuh atau torso yang condong meningkatkan seretan secara ketara. Tangan harus didepangkan ke hadapan kepala dengan sebanyak yang mungkin supaya dapat memanjangkan panjang purata garis air dan dengan itu, mempercepatkan pergerakan dengan ketara.

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa daya tangan yang dikenakan pada air sebenarnya dijanakan oleh putaran pinggul, dan bukannya oleh otot lengan. Otot yang menarik lengan di dalam air dipasang seinci dari hujung lengan atas. Dengan lengan sebanyak 21" panjangnya, nisbah tuil ialah 1:20. Ini bermaksud bahawa tarikan otot bahu sebanyak 100 paun hanya menghasilkan 5 paun dayanya di bahagian tangan semasa ia menolak air. Sebaliknya, tork yang dijanakan oleh otot pinggul yang lebih besar dan lebih kuat mengayunkan tangan di dalam air seolah-olah pemain golf atau pemukul bola mengayunkan kayu golf atau kayu pemukul dengan suatu pusingan yang cepat pada pinggulnya. Perenang-perenang elit yang berupaya mencapai suatu tambahan yang sederhana pada pencepatan pinggul mereka akan dapat menambahkan puncak daya tangan sebanyak sekali ganda.

Masa yang dihabiskan pada sisi harus dipanjangkan supaya bahu tidak memecahkan garis air dan mengakibatkan ombak haluan. Ini mengurangkan keratan rentas depan, mengurangkan lagi seretan, serta juga menaikkan nisbah antara panjang and lebar garis air tubuh. Pembaikan yang serupakan boleh dimungkinkan dengan menyebariskan arah kepala, tangan, kaki, dan lengan yang paling sempit ke dalam air. Torso adalah paling penting, berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Pergerakan tangan, lengan, dan kaki dari belakang ke hadapan harus dikekalkan di udara dengan seberapa lama yang mungkin semasa kuak pemulihan. Ketika di dalam air, pergerakan-pergerakan tersebut harus dijajarkan dengan seberapa hidrodinamik yang mungkin kerana anggota yang dikembalikan harus bergerak sekurang-kurangnya dua kali lebih laju berbanding dengan perenang dan di dalam air, akan menjanakan lapan kali seretan (yang meningkat dengan kuasa tiga lajunya), berbanding dengan luas depan torso. Memutarkan bahu juga menambahkan kuasa tarikan dengan menggunakan otot abdomen untuk membantu menarik lengan di dalam air.

"Tangkap" air yang asas tidak sebegitu penting berbanding dengan perkara-perkara di atas. Kebanyakan perenang hanya menangkap air dengan tangan yang rata atau jari-jari yang didepangkan sedikit dan kemudian ditarik dengan lancar pada sepanjang badan. Semua teknik yang tersebut tidak memerlukan kekuatan tambahan. Dengan latihan kekuatan, tangan dan kaki masing-masing boleh dijulurkan dan dilunjurkan lagi ke dalam air untuk menghasilkan lebih banyak dorongan. Untuk mereka yang baru belajar renang, kekuatan yang dinaikkan hanya menghasilkan pembaikan yang kecil jika strategi-strategi di atas (mengurangkan seretan dan memanjangkan garis air) tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Animasi rangka dan dinamik bendalir pengkiraan membenarkan simulasi perenang. Ini membenarkan daya-daya pada sendi dan otot dikira, dan jika simulasi berbilang digunakan, berbagai-bagai gaya atau individu boleh dibandingkan. Melalui grafik komputer atau tangkapan pergerakan, simulasi boleh dibandingkan dengan perenang sebenar. Sedangkan ini menghapuskan banyak keraguan, tekaan masih diperlukan untuk mencipta gaya-gaya yang baru. Merumuskan sebuah buku panduan untuk perenang masih merupakan suatu cabaran kepada para jurulatih renang, dan rasa air masih diperlukan untuk menutup gelung kawalan supaya gaya-gaya renang tidak kemudian menyimpang. (Rujukan dengan gambar: [1], [2], [3], [4] Fluent, Inc.: [5], [6]).

Renang pertandingan

Tujuan renang pertandingan adalah untuk berenang dengan paling cepat bagi sesuatu jarak yang diberikan. Renang pertandingan menjadi popular pada abad ke-19 dan kini terdiri daripada 34 buah acara, iaitu 17 buah acara bagi setiap jantina. Renang juga merupakan acara yang popular dalam Sukan Olimpik Musim Panas, dengan setiap jantina ahli olahraga masing-masing bertanding dalam 13 buah acara yang diiktirfaf. Acara-acara Sukan Olimpik diadakan di dalam kolam yang 50 meter panjangnya. Badan pentadbiran antarabangsa renang pertandingan ialah FINA (Fédération Internationale de Natation), iaitu Persekutuan Renang Antarabangsa.

Keempat-empat gaya pertandingan dalam Sukan Olimpik ialah gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak lentang, gaya kuak dada, dan gaya bebas (gaya rangkap depan). Gaya-gaya itu boleh direnang secara perseorangan atau bersama-sama dalam lumba rampai. Urutan lumba rampai ialah: 1) gaya rama-rama, 2) gaya lentang, 3) gaya dada, dan 4) gaya bebas. Terdapat dua jenis lumba berganti-ganti: lumba rampai dan gaya bebas. Urutan lumba rampai ialah: 1) gaya kuak lentang, 2) gaya kuak dada, 3) gaya kuak kupu-kupu, dan 4) gaya bebas. Setiap empat perenang dalam renang lumba berganti-ganti berenang pada jarak yang tertentu, bergantung kepada jarak keseluruhan lumba berganti-ganti. Ketiga-tiga jarak lumba berganti-ganti ialah 200 meter atau ela, 400 meter atau ela, dan 800 meter atau ela (yang terakhir ini hanya direnang dengan menggunakan gaya bebas). Untuk kolam 50 meter, setiap perenang dalam lumba berganti-ganti berenang dari hujung ke hujung kolam renang bagi lumba 200 meter, dua jarak hujung ke hujung kolam renang bagi lumba 400 meter, dan empat jarak bagi lumba 800 meter. Bagi kolam 25 meter atau ela, setiap perenang dalam lumba berganti-ganti berenang dua jarak bagi lumba 200 meter, empat jarak bagi lumba 400 meter, dan lapan jarak bagi lumba 800 meter. Banyak kolam pertandingan yang bersaiz penuh di Amerika Syarikat adalah 50 meter panjangnya dan 25 ela lebarnya. Ini membenarkan kedua-dua lumba jarak pendek (kolam 25 m atau 25 ela) dan lumba jarak panjang (kolam 50 m) diadakan.

Terdapat beberapa jenis pengadil:

* pemula yang memulakan perlumbaan;
* para pengadil pemusingan yang memastikan bahawa pemusingan perenang adalah menetapi peraturan
* para pengadil renang yang memeriksa gaya renang peserta,
* para penjaga waktu yang menentukan masa yang diambil oleh para peserta; dan
* ketua pengadil (bahasa Inggeris: umpire) yang memastikan bahawa segala aspek perlumbaan dikendalikan dengan lancar.

Jika seseorang pegawai menangkap sesiapa antara peserta-peserta yang melanggar peraturan gaya renang, peserta itu akan disingkirkan dan renangnya dianggap tidak sah.

Renang rekreasi

Tujuan renang yang paling umum adalah sebagai rekreasi. Renang rekreasi dianggap oleh banyak orang sebagai cara melegakan diri serta senaman penuh badan yang baik. Banyak gaya renang adalah sesuai untuk renang rekreasi; kebanyakan perenang rekreasi lebih menyukai gaya yang mengekalkan kepala mereka di atas permukaan air, dengan pemulihan lengan di bawah air. Gaya dada, gaya sisi, dan 'gaya anjing mengayuh' merupakan gaya yang paling biasa digunakan dalam renang rekreasi, tetapi pemulihan lengan di luar air dalam gaya bebas atau gaya rama-rama membekalkan kelebihan yang diberikan oleh perbezaan rintangan antara udara dengan air.

Gaya rama-rama yang terdiri daripada pemulihan di luar air, dengan simetri pergerakan badan yang sama rata, adalah paling sesuai untuk renang di dalam air yang bergelora. Umpamanya, dalam suatu contoh renang ketahanan yang mencipta rekod, Vicki Keith menyeberangi Tasik Ontario yang bergelora dengan menggunakan gaya rama-rama. Kebanyakan renang rekreasi diadakan di dalam kolam-kolam renang yang tenang airnya. Oleh itu, gaya bebas yang tidak begitu berkesan di dalam air bergelora adalah sesuai. Selain daripada kolam renang, tempat-tempat untuk renang rekreasi termasuk pantai, tasik, lubang renang, sungai, anak sungai kecil, dan kekadangnya terusan.

Renang sebagai pekerjaan

Sebilangan pekerjaan memerlukan pekerjanya berupaya berenang. Umpamanya, juruselam abalone dan mutiara berenang dan menyelam untuk mencari rezeki, sebagaimana dengan pelembing ikan.

Renang digunakan untuk menyelamatkan perenang-perenang lain yang cemas. Terdapat sebilangan gaya renang yang khusus bagi tujuan penyelamatan (sila lihat Senarai gaya renang). Teknik-teknik itu dibelajar oleh para anggota penyelamat dan pengawal pinggir laut. Latihan teknik-teknik itu juga telah berkembang menjadi pertandingan-pertandingan seperti menyelamat nyawa buih ombak.

Renang telah dipergunakan dalam bidang biologi laut untuk mencerap tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan di dalam habitat semula jadi. Bidang-bidang sains yang lain juga menggunakan renang, umpamanya Konrad Lorenz berenang bersama-sama angsa sebagai sebahagian kajiannya tentang tingkah laku haiwan.

Renang juga dipergunakan untuk tujuan ketenteraan. Renang ketenteraan biasanya dilaksanakan oleh para anggota tentera khas seperti Tentera Laut SEAL. Ia dipergunakan untuk mendekati sesuatu tempat, mengumpulkan maklumat perisikan, melakukan sabotaj dan pertempuran, serta untuk meninggalkan sesuatu tempat. Ia juga merangkumi pemasukan ke dalam laut dari udara atau peninggalan kapal selam di bawah air melalui hac atau tiub torpedo.

Renang juga telah menjadi sebuah sukan profesional. Syarikat-syarikat seperti Syarikat Speedo dan Tyr Sports, Inc. menaja perenang-perenang dengan cara yang sama dengan Nike menaja pemain-pemain bola keranjang. Hadiah-hadiah wang tunai juga diberikan untuk memecah rekod dalam banyak pertandingan utama.

Renang untuk bersenam

Renang ialah sejenis senaman yang cemerlang. Oleh sebab ketumpatan tubuh manusia adalah lebih kurang sama dengan ketumpatan air, tubuh disangga oleh air dan oleh itu, tekanan pada sendi dan tulang dikurangkan. Justeru renang sering dipergunakan sebagai senaman untuk pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami kehilangan upaya.

Renang rintangan merupakan sejenis senaman renang yang bertujuan untuk latihan. Ia mengekalkan perenang dalam kedudukan yang tetap untuk analisis kuak atau untuk membolehkan renang dilakukan dalam ruang yang terbatas atas alasan olahraga atau terapi. Renang rintangan boleh dilakukan baik dengan menentang arus (sering diistilahkan sebagai mesin renang ) mahupun dengan mengekalkan perenang dalam keadaan pegun melalui ikatan-ikatan kenyal.

Renang ialah sejenis senaman aerobik kerana tempoh senaman ini yang panjang memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada otot, kecuali semasa pecutan singkat yang otot berfungsi secara anaerob. Sebagaimana dengan kebanyakan senaman aerobik, renang dipercayai mengurangkan kesan tekanan yang buruk.

Risiko renang
Sebuah papan tanda yang memberikan amaran kepada para pengembara berjalan kaki di denai yang menuju ke Pantai Hanakapiai.
Sebuah papan tanda yang memberikan amaran kepada para pengembara berjalan kaki di denai yang menuju ke Pantai Hanakapiai.

Renang umumnya dianggap sebagai suatu kegiatan kesihatan yang berisiko rendah, berbanding dengan banyak sukan yang lain. Bagaimanapun, terdapat sebilangan risiko kesihatan renang yang termasuk:

* Mati lemas dan penyedutan air yang diakibatkan oleh:
o Keadaan-keadaan air yang buruk yang melanda perenang atau mengakibatkan penyedutan air.
o Keapungan negatif ketika tersangkut kepada sebuah objek yang berat, umpamanya kapal yang sedang tenggelam.
o Penolakan orang-orang lain di bawah air, baik secara sengaja mahupun tidak.
o Keletihan atau ketaksedaran.
o Ketakupayaan, akibat pitam air cetek, serangan sakit jantung, sinkope sinus karotid atau angin ahmar.

* Kesan buruk perendaman:
o Mati lemas sekunder yang diakibatkan oleh sedutan air masin mencipta buih-buih di dalam paru-paru yang menyekat pernafasan.
o Sindrom Pernafasan Air, SWAS.
o Kejutan terma selepas terjun ke dalam air yang mengakibatkan denyutan jantung berhenti.
o Eksostosis yang merupakan pertumbuhan saluran telinga yang tidak normal, akibat mencepuk-cepuk air ke dalam saluran telinga secara kerap dan pada jangka panjang (dikenali sebagai telinga perenang).

* Pendedahan kepada kimia:
o Disinfektan klorin menaikkan pH air dan jika tidak dibetulkan, akan mengakibatkan kerengsaan mata dan/atau kulit. [7]
o Penyedutan gas klorin pada jumlah yang kecil dari permukaan air semasa berenang buat jangka panjang boleh mengakibatkan kesan yang buruk pada paru-paru, khususnya bagi mereka yang menghidap asma. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan kolam yang mempunyai pengudaraan yang lebih baik, khususnya kolam luar.
o Klorin juga mengakibatkan kesan kosmetik yang negatif selepas pendedahan yang lama dan berulang. Ia menghijaukan rambut perang muda dan menghapuskan segala warna daripada rambut perang supaya menjadi keputih-putihan. Klorin juga merosakkan struktur rambut dan menjadikannya "berkeriting halus".

* Jangkitan:
o Air merupakan persekitaran yang cemerlang untuk banyak bakteria, parasit, kulat, dan virus yang menjejaskan manusia, bergantung kepada mutunya.
o Jangkitan kulit yang berasal daripada bilik-bilik renang dan mandi boleh mengakibatkan kutu air. Cara yang paling mudah untuk mengelakkannya adalah dengan mengering ruang antara jari-jari kaki selepas berenang.
o Sesetengah parasit mikroskopi seperti Cryptosporidium tahan klorin dan mengakibatkan penyakit cirit-birit apabila para perenang menelan air kolam.
o Jangkitan telinga, otitis media, (otitis eksterna).

* Perbuatan perenang sendiri:
o Kecederaan, akibat berenang berketerlaluan, boleh berlaku. Umpamanya:
+ para peserta pertandingan gaya rama-rama boleh menghidap sakit belakang, termasuk fraktur vertebra (walaupun jarang) serta sakit bahu, akibat latihan bertahun-tahun;
+ para perenang gaya dada boleh menghidap sakit lutut serta sakit pinggul; dan
+ para perenang gaya bebas dan gaya rentang boleh menghidap sakit bahu, sejenis tendonitis yang biasanya dirujuk sebagai bahu perenang.
o Hiperventilasi dalam percubaan untuk melanjutkan masa di bawah air akan mengurangkan karbon dioksida darah yang mengakibatkan penahanan dorongan untuk bernafas serta kehilangan kesedaran pada akhir junaman. Untuk mekanismenya, sila lihat pitam air cetek.

* Kesan buruk yang diakibatkan oleh air dan cuaca:
o Arus, termasuk arus pasang surut dan arus sungai, boleh mengakibatkan keletihan, serta memindahkan perenang dari keadaan selamat, atau menarik perenang ke dalam air.
o Angin menerukkan ombak dan mengakibatkan perenang tidak mengikut haluan kerana ditiup angin.
o Hipotermia yang diakibatkan oleh air sejuk boleh dengan cepatnya mengakibatkan keletihan serta ketaksedaran.
o Selaran matahari boleh diterukkan oleh pantulan di dalam air serta kekurangan pakaian yang dipakai semasa berenang. Pendedahan jangka panjang kepada cahaya matahari boleh menaikkan risiko barah kulit.

* Barang-barang di dalam air:
o Kerosakan baling-baling merupakan punca kemalangan yang utama, baik kerana berlanggar dengan kapal mahupun kerana tersangkut ketika memanjat ke dalam kapal.
o Pelanggaran dengan perenang yang lain, dinding kolam, batu, atau kapal.
o Terjun ke dalam objek tenggelam, atau ke dasar, seringnya di dalam air yang keruh.
o Tersangkut pada objek tenggelam, khususnya dahan atau kapal yang ranap.
o Memijak pada benda yang tajam seperti kaca pecah.

* Hidupan akua yang berbahaya:
o Sengatan: ampai-ampai dan sesetengah karang
o Tembusan: landak laut, kupang zebra (Dreissena Polymorpha), ikan pari
o Gigitan: yu serta ikan-ikan yang lain, ular, udang kara, atau ketam
o Kejutan elektrik: ikan pari elektrik, belut elektrik.

* Aspek undang-undang
o undang-undang yang berkait dengan perkara-perkara di atas atau dengan kesopanan (umpamanya renang telanjang)
o pelanggaran hak pemilikan.

Latihan renang

Alat-alat bantu renang seperti papan stirofom boleh membantu kanak-kanak belajar berenang.
Alat-alat bantu renang seperti papan stirofom boleh membantu kanak-kanak belajar berenang.

Kanak-kanak sering diberikan latihan renang yang formal untuk mengembangkan teknik dan keyakinan renang mereka. Secara amnya, mereka tidak berenang secara berasingan sehingga mencapai umur empat tahun. [1]

Di Sweden, Denmark, dan Finland, kurikulum untuk gred lima menyatakan bahawa semua kanak-kanak harus belajar berenang serta bagaimana menangani kecemasan di dalam air. Seringnya, mereka dikehendaki mencapai keupayaan untuk berenang 200 meter (220 ela) — dengan sekurang-kurangnya 50 meter (55 ela) secara berbaring — selepas jatuh ke dalam air yang dalam, dengan kepala mereka di dalam air. Walaupun lebih kurang 95 peratus daripada kanak-kanak sekolah Sweden tahu bagaimana berenang, mati cemas masih merupakan punca kematian yang ketiga paling umum antara kanak-kanak. [2]

Di kedua-dua Belanda dan Belgium, latihan renang semasa bersekolah (schoolzwemmen, renang sekolah) disokong oleh kerajaan. Kebanyakan sekolah memberikan latihan renang. Terdapat tradisi lama latihan renang di Belanda, dengan istilah gaya dada dalam bahasa Belanda membawa pengertian harfiah, "gaya sekolah" (schoolslag ).

Di banyak tempat, latihan renang diberikan oleh kolam renang tempatan yang dikendalikan oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan serta syarikat kegiatan senggang swasta. Banyak sekolah juga memasukkan latihan renang ke dalam kurikulum pendidikan jasmani mereka yang diberikan, baik di dalam kolam sekolah sendiri mahupun di kolam renang awam yang terdekat.

Di United Kingdom, "Skim Tambahan" memerlukan kanak-kanak sekolah yang masih tidak berupaya berenang ketika mencapai umur 11 tahun diberikan latihan harian intensif. Mereka yang tidak berupaya berenang 25 meter sebagaimana yang dikehendaki oleh piawai Kurikulum Negara Great Britain ketika menamatkan sekolah rendah akan diberikan latihan setengah jam setiap hari selama dua minggu pada penggal sekolah. [3]

Di Kanada, terdapat seruan untuk memasuki renang ke dalam kurikulum sekolah kerajaan. [4]


Rencana utama: Pakaian renang
Kesopanan menyebabkan perkembangan pakaian renang (dan pada Zaman Victoria, mesin mandi).

Pakaian renang lelaki berbentuk seluar renang, seluar dalam pertandingan, atau seluar pendek terpotong yang diperbuat daripada apa-apa saja yang ada. Bahagian badan atas hampir selalu tidak ditutup. Bagaimanapun pada awal abad ke-20, Amerika Syarikat mengharamkan perenang-perenang lelaki yang tidak berbaju.

Pakaian renang wanita umumnya berbentuk pakaian terus gaya tradisional atau pertandingan (umpamanya racerback ) atau bikini. Lagi satu pilihan ialah Tankini, pakaian yang lebih konservatif berbanding dengan bikini tetapi masih bukannya pakaian terus.

Bodyskin merupakan pakaian renang penuh badan wanita yang khusus untuk renang pertandingan dan direka semata-mata untuk mengurangkan seretan kulit (sila lihat pakaian renang pertandingan).
Diposkan oleh AGUNG di 04:38 0 komentar
sejarah renang.

SEJARAH RENANG

Mungkin sebagian dari Anda mempunyai hobi berenang. Tapi Do You Know? Renang ternyata telah dikenal sejah zaman pra-sejarah. Dari gambar-gambar yang berasal dari zaman batu diketahui adanya gua-gua bagi para perenang di dekat Wadi Sora sebelah barat daya Mesir. Di Jepang, renang adalah kemampuan yang harus dimiliki oleh para samurai. Sejarah mencatat, pertandingan renang pertama diselenggarakan oleh Kaisar Suigui pada 36 sebelum Masehi. Do you know? Pertandingan renang yang memperebutkan gelar juara telah dimulai di Eropa sekitar tahun 1800 dan sebagian besar menggunakan gaya dada. Renang gaya bebas pertama kali dikenalkan oleh Arthur Trudgen. Gaya ini kemudian mulai dikombinasikan dengan gaya kaki yang menendang oleh Richard Cavill pada 1902. Di abad pertengahan, renang termasuk dalam tujuh kemahiran yang harus dimiliki oleh para ksatria termasuk berenang dengan membawa senjata. Olahraga renang pertama kali dipertandingkan dalam Olimpiade modern 1896 di Athena, Yunani. Pada Olimpiade ini, hanya empat nomor yang dipertandingkan dari rencana semula enam nomor. Masing-masing adalah nomor 100 meter, 500 meter, 1.200 meter, nomor bebas, dan 100 meter bagi para pelaut. Olimpiade kedua diselenggarakan di Paris, Prancis pada 1900 dan mempertandingkan nomor 200 m, 1.000 m, 4.000 m, nomor bebas, 200 m gaya dada, dan 200 m nomor beregu. Persatuan Renang Internasional (Federation Internationale De Natation De Amateur/FINA) dibentuk tahun 1908 semula menetapkan, gaya kupu-kupu adalah variasi gaya dada. Gaya ini baru menjadi gaya terpisah di tahun 1952. Wanita baru diperkenankan ikut pertandingan renang pada Olimpiade 1912 di Stockholm, Belanda. Itupun baru nomor bebas. Seiring dengan perkembangan olah raga renang renang semakin popular. Penggemar renang semakin bertambah. Bahkan, seringkali anak-anak diajarkan renang pada usia sangat kecil

Tenis


Teknik Overhead Smash
Pukulan ini sukar dilakukan.Sebenarnya teknik pukulan overhead smash tidak ubahnya seperti teknik pukulan servis, gripnya pun sama, kontinental. Namun letak susahnya teknik ini adalah pada timing ketika kita akan memukul bola. Pada pukulan servis kita statis melempar bola, kalau overhead smash kita mesti mengetahui waktu yang tepat untuk memukul setelah bola melambung ke daerah permainan kita.

Mari kita lihat bagaimana melakukan overhead smash yang baik.Pada saat anda melihat lawan anda melob bola, maka posisikan badan anda menyamping/ tegak lurus net seperti hendak melakukan servis. Pada saat ini posisikan grip anda pada grip servis atau kontinental.


Jangan lepaskan pandangan anda pada bola yang melambung dan posisikan badan anda sejajar dengan trayek bola. Pada saat-saat tertentu anda terkadang berhadapan pada bola yang melambung ke belakang, maka bergeraklah ke belakang dengan gerakan menyamping, bukan mundur, seperti seorang quarterback (pelempar bola) pada olahraga American Football.

Pada saat bola telah sampai pada titik puncaknya, mulailah mengangkat tangan dan raket seperti akan memukul servis. Tangan anda yang tidak memegang raket dapat dipakai sebagai target.

Apabila bola telah masuk ke dalam zon pukul, ayunkan raket anda, fokuskan perhatian pada bola, dan lakukan gerakan ayunan yang sama seperti pukulan servis.

Untuk pemulaan, cubalah untuk tidak memukul dengan sekencang-kencangnya dulu. Yang penting dalam teknik ini adalah TIMING atau waktu yang tepat untuk memukul bola. Latih pulalah untuk dapat mengarahkan bola ke kiri atau ke kanan, sehingga anda memiliki variasi pukulan. Kalau sudah terbiasa nanti biasanya pukulan anda secara spontan akan keras sendiri karena sudah PD dengan overhead-nya.


BOLA SEPAK


Asal usul bola sepak (Cu Ju) berasal dari Tiongkok
Bicara tentang sejarah,bola sepak moder terlahir pada pertengahan abad ke 19 di Inggris. Akan tetapi, F.I.F.A.(Federation of International Football Association) pada tahun 2004 sudah secara resmi mengakui bahwa bola sepak paling awal sekali berasal dari Tiongkok, kala itu disebut Cu Ju (baca: Ju Cü). Permainan bola sepak tertua ini, bisa ditelusuri hingga lebih dari 2400 tahun yang lalu pada masa Chun Qiu Zhan Guo ( Musim semi musim gugur negara-negara berperang) dan telah melewati silih pergantian dinasti dan dalam jangka waktu lama tidak surut.

Cu Ju adalah kegiatan bola sepak terawal yang dicatat dalam notasi sejarah. Menurut catatan Siasat negara berperang, pada zaman Chun Qiu (musim semi dan musim gugur, antara tahun 722 s/d 481 S.M.) ibu kota dari negara Qi: Lin Zi, Cu Ju sudah popular. Cu Ju kala itu disebut pula “?? /Ta Ju, baca: Da cü”. Cu dan Ta, sama-sama berarti menendang, Ju bermakna : bola. Sesuai kitab Tai Ping Qing Hua, bola pada zaman dinasti Han “Terbuat dari kulit sebagai bahan luarnya dan membungkus bahan dalamnya yang berisi rambut”.

Liu Xiang dari zaman dinasti Han (tahun 206 S.M s/d 220 Masehi) mencatat di bukunya: Catatan Lain bahwa: “Pemain Cu Ju / sepak bola, konon diciptakan oleh Huang Di (kaisar Kuning). Disebutkan mulai zaman Zhan Guo (Negara saling berperang), Ta Ju identik dengan semangat tempur prajurit. Maka dari itu menggembleng laskar, diketahui yang berkemampuan hal tersebut. Selain suka permainannya juga menyatakan berlatih”. Tai Ping Qing Hua selain itu juga mencatat: “Ta Ju bermula pada pasca Xuan (kaisar Huang Di). Permainan dari latihan seni bela diri di dalam markas militer.” Dari situ bisa diketahui bahwa kegiatan persepak-bolaan di kala zaman Han selain sejenis olahraga dan hiburan, juga adalah semacam pelatihan fisik dan mental prajurit dan menyeleksi ketahanan fisik serta pelatihan militer yang menunjang semangat tempur.

Seorang bernama Li You dari dinasti Han pernah menulis tentang Ju Cheng Ming (Piagam kota bola), telah mencatat perlengkapan lapangan sepak bola pada masa dinasti Han dan ringkasan tentang kegiatan pertandingan, bahkan menjelaskan tentang persyaratan etika yang harus dimiliki oleh wasit dan pemain. Piagam tersebut merefleksikan bahwa olahraga sepak bola ala Tiongkok sudah semenjak zaman Han dibuatkan sebuah system yang cukup lengkap, seperti diungkapkan sbb:

Di dalam piagam disebutkan Ju (bola) dan Ju Chang (lapangan bola), diartikan bola dan lapangan bola melambangkan langit dan bumi, Yin dan Yang. Ketentuan pembuatan pintu bola, yakni pada kedua ujung masing-masing dipasang 6 buah pintu bola berbentuk lobang model Rembulan yang disebut Ju Shi (ruang bola), dijadikan sebagai target penyerangan, dalam perlombaan masing-masing pihak ada 12 pemain. Kalimat ”(Jian Chang Li Ping, Qi Li You Chang)” menjelaskan dalam perlombaan kedua pihak harus memilih kapten dan wasit. Sedangkan pertandingan memiliki peraturan tanding yang stabil, ke 2 pihak harus melaksanakannya sesuai peraturan.

Selanjutnya piagam menjelaskan, pada zaman Han olahraga sepak bola mensyaratkan wasit dan pemain pertandingan harus memiliki etika bermain. ”(Bu Yi Qin Shu, Bu You A Si)” berarti persyaratan kepada sang wasit. Wasit pada saat melaksanakan peraturan pertandingan harus adil tidak memihak, tidak tunduk pada hubungan pribadi, tidak boleh condong kepada salah satu pihak. ”(Duan Xin Ping Yi, Mo Yuan Qi Fei)”, bermakna persyaratan terhadap para pemain. Pemain harus berkarakter lurus, tenang dan sabar, walau kalah bertanding, juga tidak diperkenankan sembarangan mengomel dan menyalahkan pihak lain. ”(Ju Zheng You Ran, Kuang Hu Zhi Ji)”, menunjukkan bahwa olahraga sepak bola saja harus memiliki standard etika seperti ini, apalagi masalah pemerintahan sudah sepatutnya demikian

Dari Ju Cheng Ming bisa diketahui bahwa pada zaman Tiongkok kuno 2000 tahun lebih yang lalu, orang-orang sudah jauh hari menegakkan etika olah raga yang positif, selain menuntut semangat kompetisi yang adil sportif bahkan terhadap wasit dan pemain mensyaratkan moral yang ketat dan standard karakter. Dewasa ini persepakbolaan Tiongkok menghadapi etika bobrok kecurangan wasit dan main sabun, sehingga tidak bergairah dan lesu supporter, hal tersebut diatas semestinya berefek sebagai peringatan dan panutan yang baik.

Zaman dinasti Tang (baca: Dang) adalah perkembangan Cu Ju Tiongkok yang paling berjaya. Orang zaman Tang melakukan perombakan besar terhadap Ju (bola), yaitu bola dari berinti padat dirubah berinti kosong, kantongan udara menggantikan material pengisi, disebut Qi Qiu (baca: Ji Jiu = bola udara). Bola yang direvolusi bertambah daya pantulnya, sehingga dalam bidang teknik dan strategi sepak bola memperoleh lonjakan besar, telah membuat sepak bola semakin bervariatif. Orang Tang juga mengganti pintu bola dengan Ju Shi ( ruang bola), pada kedua ujung lapangan didirikan tonggak yang dipasangi jala yang membentuk pintu bola / gawang. Cu Ju Tiongkok juga menyebar ke Jepang pada saat zaman Tang tersebut.

Pada zaman dinasti Song ditandai dengan pendirian tim Cu Ju dari kalangan rakyat, Perkumpulan Qi Yun, Perkumpulan Yuan, dll adalah Perkumpulan Bola yang tersohor kala itu. Perkumpulan-perkumpulan tersebut memiliki teknik yang handal dan tendangan beragam, selain itu giat mempromosikan kegiatan Cu Ju dan pertandingannya. Buku (Hui Chen Hou Lu = > Catatan akhir tentang Menebar Debu) dari Wang Mingqing mencatat sbb: Ketika itu seseorang bernama Gao Qiu (baca: Kao Jiu) dari perkumpulan Yuan , karena memiliki teknik bola super, sampai diangkat menjadi Komandan Depan Istana oleh sang kaisar, boleh dibilang ia adalah bintang sepak bola pertama di dunia.

Yang patut disebut juga adalah pendiri dinasti Song / Song Tai Zu bernama Zhao Kuangyin, sangat menggemari “Cu Ju”, konon seni bolanya juga termasuk hebat. Para pelukis dari dinasti yang berlainan pernah membuat karya berthema Song Taizu bermain “Cu Ju”.

Namun Cu Ju sesampainya pada dinasti Ming mulai memudar. Pendiri dinasti Ming/ Ming Taizu pernah memerintahkan pelarangan prajurit bermain Cu Ju, bahkan ada prajurit karena melanggar larangan tersebut sehingga dipotong kaki kanannya. Dinasti Qing juga tidak melanjutkan kegiatan Cu Ju, yang membuatnya menuju kepunahan.

betul atau tidaknya…








Baca lagi ..

JADIKAN ANAK PINTAR DENGAN IZIN ALLAH

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! [As-Shafaat :100]
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan
sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila
anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi
pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah
diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg
mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi
penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia
kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah
sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya
pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia
akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya
motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih
banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah
keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang
terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah
keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan
proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan
keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari
tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan
bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali
layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur
baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok.
Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu
jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli
di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya
mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada
masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita
supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi
kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa.
Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan
takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran
yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali -
ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan
tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam
satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye,
tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut
la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya
baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam
rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur
pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya
jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu
real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan
kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi.
Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam -
biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm
cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni
garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist
pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan
mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain.
Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau
kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari
satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan
mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita





Baca lagi ..

Olahraga

Olahraga dikenali sebagai acara sukan trek dan padang atau olahraga trek dan padang. Perkataan ini berasal dari Bahasa Greek "athlon" yang bermaksud pertandingan.

Dalam bahasa Jerman dan Bahasa Rusia pula, olahraga diklasifikasi sebagai olahraga ringan untuk membezakan acara olahraga dengan sukan lain seperti angkat berat dan bergusti.

Isi kandungan
* 1 Sejarah
* 2 Trek dan padang dalam
* 3 Trek dan padang luar
* 4 Acara
* 5 Pautan luar

Sejarah

Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade.

Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:-

* Sukan Panhellenic
o Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun
o Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun
o Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun
o Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.

Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.

Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.

Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928.

Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

Trek dan padang dalam

Terdapat dua musim untuk acara trek dan padang. Semasa musim sejuk, acara ini diadakan dalam kawasan tertutup. Kebanyakan trek dalam kawasan tertutup seperti stadium berukuran 200 meter dan mempunyai empat hingga enam lorong. Kebiasaannya, trek sebegini telah diubahsuai untuk megelakkan ukuran trek berlainan yang disebabkan pusing selekoh ketat.

Dalam acara trek tertutup atlet-atlet bertanding untuk acara-acara yang sama kecuali untuk acara 100 m, 110 m dan 100 m berpagar, 10,000 m jalan kaki dan 3,000 m larian berhalangan. Acara tertutup juga mempunyai pertambahan 3,000 m berlari yang biasanya diadakan untuk tahap pelajar kolej manakala sebanyak 10,000 m untuk elit. Acara 5,000 m merupakan larian terpanjang untuk olahraga dalaman.

Dalam acara padang, acara yang paling menonjolkan ialah lompat tinggi, lompat bergalah, lompat jauh, dan lompat kijang. Acara merejam lembing, membaling tukul besi, dan lempar cakera merupakan tambahan untuk acara luar disebabkan ruang tidak mencukupi dalam sesebuah stadium yang tertutup untuk acara-acara ini.

Trek dan padang luar

Sesi acara trek dan padang luar biasanya bermula pada musim bunga dan berakhir pada musim panas. Kebanyakan trek yang digunakan untuk acara ini ialah trek berbentuk bujur yang mempunyai ukur lilit sepanjang 400m.



Rencana ini sedang dikemasikinikan melalui Wikipedia:WikiProjek Kualiti Rencana. Anda diminta supaya tidak menyunting sebarangan dalam rencana ini. Kerjasama anda amat dihargai.


bagaimanapun, beberapa jalan lama adalah masih berhati-hati di halaman-halaman, supaya mereka mengukur 440 halaman. Jalan terdiri daripada 6-10 lorong-lorong dan, untuk lebih besar jejak-jejak pelajar kolej, satu lumba kuda berhalang jalan dengan sebuah lombong air. Ini boleh dalam atau di luar jalan, membuat untuk seekor giliran lebih ketat atau satu pusingan yang lebih luas. Sering sekolah-sekolah akan menempatkan satu bidang di tengah-tengah jalan, biasanya bola sepak/bola sepak/sejenis permainan bola, disebabkan oleh saiz dan bentuk mereka. Bidang dalam ini adalah dengan biasanya dikenali sebagai kawasan dekat. Baru-baru ini, sesetengah daripada bidang ini telah disediakan AstroTurf atau FieldTurf dari rumput.

Acara padang terdiri daripada lompat tinggi, lompat bergalah, lompat jauh, lompat kijang dan tembakan meletakkan. Juga terdiri daripada rejam lembing, baling tukul besi dan lempar cakera. Bagaimanapun, ini adalah kerap berada di luar stadium kerana mereka bermula dari satu jumlah yang besar menjarakkan dan mungkin merosakkan padang rumput. Bagaimanapun, banyak jalan tanpa satu padang olahraga dalam penggunaan tengah kawasan dekat untuk peristiwa-peristiwa membaling.

Acara

Terdapat variasi lain selain satuan disenaraikan di bawah tetapi bangsa-bangsa panjang luar biasa (contoh 300 m) adalah dijalankan banyak kurang kerap. Luar biasa bangsa adalah dengan lazimnya diadakan semasa musim tertutup disebabkan oleh 200m yang lebih pendek jalan tertutup. Kecuali larian batu, bangsa berdasarkan agung jarak adalah jarang sekali atur terus jalan ada lagi selepas kebanyakan jalan telah bertukar daripada sesuku batu (402.3 m) untuk 400 meter; semua recordkeeping untuk jarak agung telah ditamatkan. Bagaimanapun, banyak rekod buku-buku masih boleh telah mempunyai pemegang rekod dunia baru(masa ini Hicham El Guerrouj bagi Maghribi) disebabkan oleh kepentingan yang seluruh dunianya.

Manusia dan wanita-wanita tidak bersaing menentang satu sama lain. Wanita-wanita umumnya berlari jarak sama seperti manusia walaupun berpagar dan halangan-halangan lumba kuda berhalang adalah rendah dan pemberat tembakan, cakera, lembing dan tukul adalah kurang.

* Acara balapan - acara-acara larian dikendalikan atas satu 400 meter jalan.
o larian pecut: peristiwa-peristiwa sehingga dan termasuk 400 m. Kejadian-kejadian umum adalah 60 m (dalam rumah cuma), 100 meter, 200 meter dan 400 meter.
o jarak menengah: peristiwa-peristiwa daripada 800 m untuk 3000 m, terutama 800 meter, 1500 meter, batu dan 3000 m. Di Amerika Syarikat (sekolah-sekolah tinggi terutama), acara-acara jarak termasuk 800 m, 1600 m (batu), dan 3200 m (2 ketul batu).
+ lumba lari berhalang - satu kaum (biasanya 3000 m) di pelari-pelari yang harus berunding halangan-halangan dan lompat air.
o Lari jarak jauh: larian 5000 m ke atas. Kejadian-kejadian umum adalah 5000 m dan 10000 m.
o Lari Berpagar: 110 m pagar-pagar tinggi (100 m untuk perempuan) dan 400 m pagar-pagar pertengahan (300 m dalam sesetengah sekolah-sekolah tinggi).
o lari berganti-ganti: Lari berganti-ganti 4 x 100 meter, Lari Berganti-ganti 4 x 400 meter, 4 x 200 m, 4 x 800 m, sebagainya. Beberapa acara, seperti menyampaikan medley, adalah dengan jarang sekali larian kecuali dekat geganti besar karnival. Banyak sekolah tinggi Amerika larian 4 x 8, 4 x 2, 4 x 1 dan 4 x 4, dengan 4 x 4 ada penyudah acara untuk pertemuan.
* Marathon/Lumba lari di jalan: dikendalikan atas terbuka.
o Lari jarak jauh: larian 5000 m ke atas. Common events are 5000 m dan 10000 m.
o Lari Berpagar: 110 m lari berpagar(100 m untuk wanita) dan 400 m lari berpagar pertengahan (300 m untuk sekolah tinggi).
o Relay: Lari berganti-ganti 4 x 100 meter, Lari Berganti-ganti 4 x 400 meter, 4 x 200 m, 4 x 800 m, sebagainya. Acara yang sama, menyampaikan medley, adalah dengan jarang sekali larian kecuali karnival besar. Banyak sekolah tinggi Amerika larian 4 x 8, 4 x 2, 4 x 1 dan 4 x 4, dengan 4 x 4 ada penyudah acara untuk pertemuan.
* Marathon/Lumba lari di jalan: dikendalikan atas jalan-jalan keterbukaan, tetapi sering penyudah di jalan. Kejadian-kejadian umum adalah separuh maraton dan maraton.
* Lumba jalan kaki: biasanya dikendalikan atas keterbukaan jalan-jalan. Kejadian-kejadian umum adalah 10 km, 20 km dan 50 km.
* Acara padang
o Acara melempar
+ Lontar peluru
+ Baling tukul besi
+ Rejam lembing
+ Lempar Cakera
o Acara melompat
+ Lompat tinggi
+ Lompat jauh
+ Lompat galah
+ Lompat kijang
+ lompat tinggi
* Acara gabungan
o pentatlon
o Heptathlon
o Dekathlon
Baca lagi ..

Aksi yang mendebarkan...abseiling

S
emalam kspk pj mengadakan aktiviti abseiling tuk subjek PL.
Kepalaku terhantuk di dinding...mujur ade helmet...selamat
Helmet plak cam kure-kure...

Member2 lak puas ati ketawe... bengkak gua..
Tapi ada sahabat kita pucat muka sama dgn gg tu..sory terlebih sudah
apapun selamat berusaha..
caya lah kspk pj 09

Baca lagi ..

Sunday, March 29, 2009

Best Joran



J
enahak Pintu Gedung pilih kurita
Berita Harian

ZAILY bersama jenahak seberat tujuh kilogram yang dipancingnya di Pintu Gedung, Selat Klang.
ZAILY bersama jenahak seberhttp://www.blogger.com/img/blank.gifat tujuh kilogram yang dipancingnya di Pintu Gedung, Selat Klang.

KLANG: Ketika perairan Selat Klang mengalami pasang besar baru-baru ini, ramai yang tinggal berhampiran pantai mengeluh kerana rumah mereka digenangi air laut dan tidak kurang ada kaki pancing berlumba-lumba turun ke laut untuk menduga nasib.

Bak kata pepatah, ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’. Bagi dua pemancing tegar ini, Mohd Zaily Ros dan Abang Ali kehadiran di perairan Pintu Gedung dekat Pelabuhan Klang nyata memberi hasil lumayan apabila tiga jenahak seberat 7 kilogram (kg), 5.5 kg dan 1.5 kg tewas di tangan mereka.

Zaily berkata, ketiga-tiga jenahak itu tumpas ketika mereka memancing dasar dengan sampan gentian kaca dibiarkan hanyut di laluan kapal.

“Kadang kala ada bahayanya cara begini kerana arus kipas kapal boleh menarik sampan ke arahnya. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dan segera meninggalkan kawasan memancing apabila menyedari ada kapal lalu. Jangan sesekali keras kepala dan tidak mahu beredar kerana ia boleh mendatangkan masalah,” katanya.

Beliau menggunakan seekor sotong kurita hidup kerana ia amat efektif memandang sebelum ini beberapa jenahak bersaiz sederhana didaratkan menggunakan umpan sama.

“Memancing di laluan kapal ini, kita mesti tahu cara, masa dan waktu paling sesuai. Jika tidak akan pulang dengan tangan kosong. Pemilihan mata kail juga perlu kerana ikan di sini licik dan enggan menjamah jika kita silap memasang umpan.

“Jenahak pertama seberat 5.5 kilogram ditewaskan kira-kira jam 11.45 pagi ketika air sedikit berarus. Boleh tahan juga tarikannya tetapi berbaloi. Selepas bertarung hampir tujuh minit ikan itu akhirnya keletihan,” katanya.

Beliau berkata, ikan kedua seberat 7 kilogram dipancing sejam kemudian di lubuk kedua yang jaraknya hanya 100 meter dari lubuk pertama.

“Umpan yang sama saya gunakan dengan membiarkan sesungut sotong bermain-main di dalam air. Mungkin jenahak marah dengan sesungut sotong yang melambai-lambai, lalu ia menyambarnya. Untuk jenahak ini, saya melayannya hampir 12 minit dan saya tersandar keletihan selepas ia berjaya dinaikkan ke dalam bot.

“Walaupun penat, namun saya berpuas hati kerana tangkapan kali ini berbaloi berbanding kunjungan sebelumnya. Ikan seberat 1.5 kilogram didaratkan Abang Ali di lubuk kedua selepas beliau berpesta gelama hampir dua jam,” katanya.

Katanya, selepas memancing hampir empat jam dan beralih tiga lubuk di sekitar perairan Pintu Gedung, mereka berdua pulang ke jeti Sungai Pinang.

Baca lagi ..

Petua Pancing

B
agaimana untuk membeli / memilih Kekili dan Joran yang baik?
Posted by cikgunot on 2009/29/3 19:41:48.

Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidamatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya pancingan anda samada untuk kegunaan ke laut,sungai atau muara, tasik atau sebagainya.

Material - samada gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya termasuk dalam gaya pancingan anda. Jika kita memegang dalam waktu yang lama atau melakukan 'casting', perlulah anda memilih joran aksi ringan supaya tidak cepat lenguh tangan. Sesungguhnya joran jenis karbon dan grafit lebih ringan dan lebih mahal dari gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran hendaklah diperiksa cincin dengan teliti, walaupun baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak yang boleh merosakkan tali. Bentuk cincin yang berkaki tiga (2 dibelakang, 1 depan), berkaki empat dan berkaki tunggal. Cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, ia akan dapat mengikut joran melentur tetapi cincin berkaki empat tidak dapat berbuat demikian. Jenis pemegang joran yang popular ialah jenis gabus dan span. Pemegang gabus sedap dipandang dan sudah tentu harganya mahal sedikit. Sekiranya anda memilih joran 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan. Seperti joran, penghasilan kekili juga semakin hebat dan menarik, alas bebola (ball bearing) ditambah sehingga mencapai 11 biji. Sebenarnya penggunaan alas bebola ialah untuk melancarkan pergerakkan gelendung. Sebenarnya alas bebola tidak begitu penting tetapi ia dapat memberi kelancaran apabila digunakan. Kekili juga mempunyai peraturannya sendiri seperti jika ia hanya mampu menampung kekuatan 6 kg dengan tali sebesar 20 paun tapi anda menggunakan kekuatan 30 - 40 paun kesannya akan ditinggalkan pada gigi gear dan shaf utama. Adakalanya gigi gear tertanggal dan shaf bengkok, seterusnya ia akan mula mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Kedua-dua bahan ini amat perlu dijaga untuk penggunaan jangka panjang. Pastikan pemilihan joran, kekili serta tali bersesuaian barulah peralatan anda dapat bertahan lama.

Baca lagi ..

Saturday, March 28, 2009

Huruf Besar Tepi

S
elamat mencuba mula huruf besar kat tepi
kalu nak belajar sila rujuk blog en biamin ye...
saya ni masih amatur lagi...heheh

terima kasih kepada kawan2 yang membantu...
Testing huruf besor
Baca lagi ..

Wednesday, March 4, 2009

50 cara memikat sang lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!


Baca lagi ..

Monday, March 2, 2009

Pantai Batu Rakit


stylo nampak...ilek2...




kami berada di pantai Batu Rakit untuk kelas Encik Abu Zarin iaitu kelas penyesuaian fizikal yakni berlari di pantai. Rasanya parak penat...tapi tak per yang penting sihat...tul tak kangkawan..
Baca lagi ..

Amanat tu...

P
enjual Telur
Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: Dik, telur sekilo berapa?

Penjual: Telur ayam atau telur itik?

Pembeli: Telur ayam.

Penjual: Telur ayam biasa atau ayam kampung?

Pembeli: Ayam biasa.

Penjual: Yang tempatan atau yang import?

Pembeli: Yang tempatan (menjawab dengan bengang)

Penjual: Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?

Pembeli: Yang Ipoh lah... (makin bengang).

Penjual: Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?

Pembeli: Adik ni nak jual telur atau nak main-main?

Penjual: Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan penjual telur ni pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang!!!


Baca lagi ..