Tuesday, September 15, 2009

masalah obesiti

Obesiti: Punca dan Pencegahan
Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya. Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara umumnya obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.

Bagaimana obesiti bermula?
Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.
Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti, iaitu:
a) Genetik – Anak-anak berisiko untuk obes sekiranya ibu bapa mereka begitu.
b) Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula)
c) Makan secara berlebihan
d) Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti fizikal)
e) Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan)
f) Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah ubat, tidak semua jenis ubat-ubatan)

Obesiti boleh dicegah dengan:


a) Mengamalkan pemakanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai.Makanlah makanan yang terdiri daripada bijirin (roti, nasi, mee, bihun), buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam dan produk tenusu.Makanan yang pelbagai akan menyumbangkan kombinasi nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Makan mengikut keperluan sahaja (jangan terlebih makan dan berhenti sebelum kenyang).Kurangkan makanan tinggi lemak (bergoreng, bersantan, digalakkan susu rendah lemak).Kurangkan makanan tinggi gula (air manis, kuih-muih, air tin, gula) Apabila kita tahu cara pemakanan yang betul, ini memudahkan kita untuk memasak di rumah atau memilih makanan yang sihat jika makan di luar.

b) Amalkan sarapan pagi setiap hari,untuk memulakan hari yang baik, ceria dan berfikiran cerdas, kita memerlukan tenaga yang mencukupi.Makan makanan yang tinggi serat (fiber), bijirin penuh serta kaya dengan protein (susu) untuk meningkatkan metabolisme kita.Pastikan kita ada waktu untuk bersarapan, ini dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang berlebihan waktu makan tengah hari kerana lapar.

c) Kekalkan berat badan yang sihat.Ini dapat mencegah risiko untuk mendapat penyakit kronik dan hidup dengan baik. Sebaiknya digalakkan untuk kita membeli penimbang berat dan mengukur berat setiap sekali seminggu atau sekali sebulan untuk mengetahui perkembangan berat badan. Jika diukur setiap hari, ini tidak begitu praktikal kerana pertambahan atau pengurangan berat badan mengmbil masa tertentu untuk berubah.

d) Tingkatkan aktiviti harian.Kita perlu aktif untuk kekalkan fungsi tubuh yang baik, kekal sihat dan ceria.

Soalan yang biasa menjadi perbualan kita: Saya tidak gemuk, jadi saya tidak perlu bersenam. Perlu diketahui, bersenam bukanlah untuk menurunkan berat badan sahaja, tetapi untuk membaiki peredaran darah, menguatkan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan kita.

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:

a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja)
f) Makan pada masa yang tetap
g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar
j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.

Oleh itu, makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik dan masalah kesihatan lain? Jika belum, marilah kita mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekeliling.

Baca lagi ..

Monday, September 7, 2009

Renungan

Wanita cantik

" Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. "



Baca lagi ..

Saturday, June 27, 2009

Gimnastik Boombastik Lagi


Hari ini kami semua melakukan aktiviti gimnastik bersama en. Eddy. bagi saya ini merupakan pengalaman pertama yang tidak mungkin dapat dilupakan. best tuuu.. saya ingat nak je buat masa pengalaman profesional nanti.

Banyak yang dapat dipelajari di IPGM KDRI... Terima kasih kepada yang terlibat.

Baca lagi ..

Wednesday, May 20, 2009

Spinning skill kspk pj 09

Selamat menonton video bermain bowling.
Kspk pj telah menjalani latihan persediaan sebelum pertandingan dengan unit KPLI PJ. Harap2 jadila....


Sebenarnya skill tersebut baru sahaja dipelajari belum mahir sepenuhnya..hehehe
Best jugak bila menggunakan kemahiran baru dalam xtvt tersebut. Dalam masa yang sama saya berjaya menurunkan ilmu kepada sahabat saya iaitu wawi.
Saya berjanji akan membuktikan keupayaan sebenar dalam pertandingan nanti...tunggu ghufron.....
Baru intro tu......
Ganaz tak?



Baca lagi ..

spinning skill for bowling


S
elamat datang kawan2. Satu malam semarin kspk pj mengadakan aktiviti sampingan bermain bowling sebagai latihan sebelum menyertai pertandingan nanti.
Saksikanlah video untuk tatapan anda, mungkin anda dapat mempelajari teknik2 yang baru seperti spin...

Saya mempunyai anak murid yang boleh dianggap satu redas dalam mempelajari teknik spin.
Sebenarnya saya sendiri baru mempelajari teknik spin..alhamdulillah dapat membuat triple strike dan mendapat mata tertinggi yakni 263 for 2 games.Saya berjanji akan memantapkan lagi spinning skill... sebarang komen atau pandangan amat dialu-alukan.sekian



Baca lagi ..

Saturday, May 16, 2009

Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani Di M'sia

ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)
- Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani.
- Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.
- Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ.
- Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.

- Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.
- Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa.
- Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu.
- Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti:-
o Permainan masa lapang
o Keperwiraan
o Senaman tradisional
ERA PENJAJAHAN
a) Era Kolonial Inggeris Lama)
- PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
- Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga.
- Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
- Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.
- 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah.
- 1900-an : Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan.
- 1913-an : Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.
- 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan.
- 1920-an : Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.
- Tahun 1924 : Seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.
- Tahun 1930-an : Usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ.
- 1940-an : Sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.

b) Era Penjajahan Jepun
- Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.
- Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin.
- Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit.
- Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.
- Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan.
- Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)
- Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.
- Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan di sekolah.
- Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar.
- Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula.
- Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya.
- Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani.
- Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman.
- 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah.
- 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah.
- Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum masuk kelas.
- Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu.
- 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ.

ERA SELEPAS MERDEKA
- 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.
- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
- Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di Cheras.
- Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961).
- Rancangan PJ di sekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan.
- Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah.
- 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM.
- PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.
- 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan).
- 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan.
- Tujuannya untuk melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.









Baca lagi ..

Selamat Hari Guru

H
ari Guru datang lagi, di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan yang bergelar pendidik di seluruh pelusuk negeri.
Semoga hari yang diraikan ini dapat menyuntik semangat baru dalam memperjuangkan profesion keguruan. Akhir kata buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Sekian... Selamat Hari Guru semua.




Baca lagi ..